Monday, September 2, 2013

0

dok tau bende. fffff***

Wednesday, January 23, 2013

Resign


Assalamualaikum, Waalaikummussalam.

Eh,, panjangnya rumput,, eh,,banyaknya pokok bakau. Eh..semaknya. Biarkan saja, nak lalu je.

Firstly, Sixth day to go ..kemana? Enam hari lagi untuk resign dari kerja di Towerpoint ni kemudian balik ganu ar pulok. Pengganti dah ada untuk syif aku dan Maisarah,, cuma nak training je. Bulan 2 start kerja,, Nampaknya selamat la CMS ni dari ditutup sebab dengar cerita kalau tak dapat cari orang ganti bos nak tutup je. So empayarmu masih bertahan.
secondly,, dua tiga hari lagi aku kena training brother yang nak ganti syif aku hingga awal bulan depan,, Macam mana nak handle sebab aku bukan boleh sangat nak handle-handle ni,, Aku pun bukannya kaki sembang apatah lagi dgn orang baru kenal,, bukan apa,,,, takot bosang je brother tu.....
Thirdly,, aku plan nak stay dulu sebarang sehari dua lepas resign ni,,,,, mana tau kot-kot nak menikmati  hari hari disini dengan freetime yang sebenar-benarnya,, Nak datang KL ni tak tau la bila pulak,, Bergantung kepada situasi dan keperluan la.


Doh bereh arr ,,,,sekian

Saturday, May 19, 2012

Hariharikerja


Selamat pagi…
Takjumpa login tadi, terpaksa rujuk page lain nak cari butang login. Padahal scrool tepi sikit je. Aku lost dengan benda ni sebenarnya. OK..sekarang ni jam menujukkan 4:35am..bukan baru terjaga dari tido..tapi sejenis yang tak tido lagi sebab aku kerja malam. Taktau la pakguard yang kerja malam atau sapa-sapa yang kerja malam sampai pagi tu best ke tak. Kalau dalam situasi aku ni mmg sejenis yang tak best la. lagipun malam dicipta untuk berehat dan siang untuk cari rezeki..


Minggu lepas empat orang team Kemaman datang ofic KL ni, ada projek. Stay dah dekat dua minggu. Sekarang ni sorang duk main game dota at pc belah kanan aku ni. Yang sorang lagi tu hari tu main dota sampai 24jam lebih mmg gileer ler..sejenis yang tak tahu mengantuk dan time.
Secara totally rutin yang aku lalui setiap hari memang boring tahap yang amat, tak banyak benda yang boleh aku buat. Bila mereka tu datang sini, orang dah jadi ramai jadi meriah, hilang la sedikit boring aku, ada time free kami gi jalan-jalan.


Kerja, untuk dua hari ni aku terpaksa kerja overtime sebab  yang kerja syif dengan aku tu off to Kuantan selama dua hari. So aku kena cover untuk syif dia..masa  free aku sebelum masuk kerja pun dah jadi pendek iaitu selama lapan jam ja.. nak buat apa apa pun tak sempat. Perkara yang aku rasa patut aku buat ialah tidoq..so aku spent time lapan jam tu dengan sebaik baiknya untuk tido je la..kalau tak naya aku, mau tak rabaknya mata ni tahan ngantok. Memang jahat la dera aku macam ni. Dah la sosial macam bongok pastu stuck pulak dalam bangunan office ni takleh nak gi mana-mana. kerja lebih duit gaji pun lebih..haishh.. tapi tak kaya raya jugak.Kalau boleh mesti la nak lebih kan..bwahahaha gelak jahat sebab tamak. Aku duk kerja hari hari ni bila masa aku off? sejenis yang tak cuti la. parents aku pun ada tanya aku taknak balik ke, bila aku nak balik Terengganu..lagi-lagi mak aku yang selalu duk tanya, then nampak sangat aku ni anak mak..hahahaha. Bukan taknak cuti, merajuk kot hahhaha...nonsense
bukan apa, sebab kalau off setakat satu hari tak kemana jugak aku ni .Kalau ada something yang important atau ada aktiviti best yang aku boleh join baru la apply cuti kot aku ni cuti tiga atau empat hari. Rindu jugak kampung dengan rumah, then nak jumpa orang orang ..ntahla apa saja lah. rasanya elok la aku hijrah tempat lain pulak lepas ni, tak berapa nak happy pun :(
Tapi ok la kan. Memang susah betul lah. Lagi susah kalau kita ni jalan lurus bendul…mana pulak remote aircond ni aku dah sejuk ni.

Tuesday, January 3, 2012

Hepi niu yar 2012

Assalamualaikum

Ni entry first update untuk tahun ni. Mungkin la kan. Entry yang lepas lepas yang sebelum ni aku delete semua, sebab tak pernah bukak dan tak pernah aktif pon account ni dan tak pernah update pun. Lagipun bukan aku yang create blog ni sebenarnya then buat ni saja saja la. Ada la post update sikit-sikit tu, saja saja la kan. kalau nak start skarang boleh kan? kan? kan ke takkan?
Dah lama tak buka ni nasib baik bukan rumah, kalau tak mesti dak semak samun dan ntah apa pulak yang buat tempat tinggal.

Ok pun, sekarang pun sudah masuki tahun 2012 nya pun adoi ter, ber. Selamat tahun baru. Hari ni baru 3 January 2012 masih awal bulan lagi. Untuk tahun ni aku dah pun berada dalam penghijrahan dari segi kemajuan diri. Sejak dari 14 september tahun lepas hidup aku berubah. Aku berhenti dari pekerjaan yang aku sendiri tahu takkan bawa aku kemana mana dan takkan beri jaminan masa depan aku. Sebenarnya dah lama terfikir untuk berhenti tapi semacam terikat dengan orang yang berada di sekeliling aku masa tu. Sayang nak tinggal la katakan. jadi aku perlukan sesuatu untuk tarik aku keluar dari keadaan tu.
Akhirnya nasib baik adik aku rekemenkan aku mengikuti sebuah kursus..dalam sebuah kompeni ni..kira tertunai la arapan aku tu..yang tu pun kawan dia jugak yang tolong dia punya sister cari orang. so aku accept aje la, kursus tu dia ada 3 bahagian..dan aku pilih bahagian pemasangan CCTV kursus sambil bekerja selama 6 bulan.
Sebelum ni tak pernah nak pikir pun semua tu. Kali ni aku rasa dah terlalu lama aku dok sini jadi molek la aku blah.
Mak dgan ayah aku bagi kauseling sket aku dengar dan terima je haha macam pasrah je. Kalau dulu langsung tak makan di kauseling aku ni bukan masuk ikut kiri keluar ikut kanan dah, tapi tak masuk terus, kena tendang balik.

Skarang ni tempoh kursus aku tinggal beberapa bulan je lagi nak nak abih, lepas ni mungkin aku akan diserap kerja terus. Bos pernah tawarkan aku untuk kerja terus bahagian CMS tapi aku tolak memandangkan pengalaman aku yang baru setahun jagung ni. Lagipun tu bukan bahagian yang aku apply masa daftar hari tu..alah tawaran tu pun sebab tak cukup orang je, tapi tu la rezeki namanya. sepanjang tempoh ni walaupun banyak masalah dari segi kewangan antara kami sebagai pekerja, then krisis antara pekerja, tambah pulak dengan gossip dan masalah bagai pulak pasal beberapa owner ni yang menyebabkan timbulnya sala faham..
then sistem yang macam tak teratur lagi. Memang macam macam dilemma la aku alami sampai semua orang dah fedup mereka pun lari sorang demi sorang. Tapi alhamdulillah aku masih boleh stay teruskan dalam kompeni ni walau tinggal aku sorang je dalam ramai ramai yang masuk dulu. Yang under work dah tinggal dua orang..yang duk bawah MARA aku sorang je.
Skarang aku bahagian CMS, cover kerani yang berheti kerja sementara cari yang baru. Kepada yang dah berhenti tu. Aku merindui korang dan, Dan aku merindui pahit manis, suka duka bersama dulu.

Patah patah ada berkatai. close your eyes to forget what is around you, and open back to see what's being ahead of you.

Sunday, December 11, 2011

Check

Check check one two three...

FOLLOWERS