Tuesday, January 3, 2012

Hepi niu yar 2012

Assalamualaikum

Ni entry first update untuk tahun ni. Mungkin la kan. Entry yang lepas lepas yang sebelum ni aku delete semua, sebab tak pernah bukak dan tak pernah aktif pon account ni dan tak pernah update pun. Lagipun bukan aku yang create blog ni sebenarnya then buat ni saja saja la. Ada la post update sikit-sikit tu, saja saja la kan. kalau nak start skarang boleh kan? kan? kan ke takkan?
Dah lama tak buka ni nasib baik bukan rumah, kalau tak mesti dak semak samun dan ntah apa pulak yang buat tempat tinggal.

Ok pun, sekarang pun sudah masuki tahun 2012 nya pun adoi ter, ber. Selamat tahun baru. Hari ni baru 3 January 2012 masih awal bulan lagi. Untuk tahun ni aku dah pun berada dalam penghijrahan dari segi kemajuan diri. Sejak dari 14 september tahun lepas hidup aku berubah. Aku berhenti dari pekerjaan yang aku sendiri tahu takkan bawa aku kemana mana dan takkan beri jaminan masa depan aku. Sebenarnya dah lama terfikir untuk berhenti tapi semacam terikat dengan orang yang berada di sekeliling aku masa tu. Sayang nak tinggal la katakan. jadi aku perlukan sesuatu untuk tarik aku keluar dari keadaan tu.
Akhirnya nasib baik adik aku rekemenkan aku mengikuti sebuah kursus..dalam sebuah kompeni ni..kira tertunai la arapan aku tu..yang tu pun kawan dia jugak yang tolong dia punya sister cari orang. so aku accept aje la, kursus tu dia ada 3 bahagian..dan aku pilih bahagian pemasangan CCTV kursus sambil bekerja selama 6 bulan.
Sebelum ni tak pernah nak pikir pun semua tu. Kali ni aku rasa dah terlalu lama aku dok sini jadi molek la aku blah.
Mak dgan ayah aku bagi kauseling sket aku dengar dan terima je haha macam pasrah je. Kalau dulu langsung tak makan di kauseling aku ni bukan masuk ikut kiri keluar ikut kanan dah, tapi tak masuk terus, kena tendang balik.

Skarang ni tempoh kursus aku tinggal beberapa bulan je lagi nak nak abih, lepas ni mungkin aku akan diserap kerja terus. Bos pernah tawarkan aku untuk kerja terus bahagian CMS tapi aku tolak memandangkan pengalaman aku yang baru setahun jagung ni. Lagipun tu bukan bahagian yang aku apply masa daftar hari tu..alah tawaran tu pun sebab tak cukup orang je, tapi tu la rezeki namanya. sepanjang tempoh ni walaupun banyak masalah dari segi kewangan antara kami sebagai pekerja, then krisis antara pekerja, tambah pulak dengan gossip dan masalah bagai pulak pasal beberapa owner ni yang menyebabkan timbulnya sala faham..
then sistem yang macam tak teratur lagi. Memang macam macam dilemma la aku alami sampai semua orang dah fedup mereka pun lari sorang demi sorang. Tapi alhamdulillah aku masih boleh stay teruskan dalam kompeni ni walau tinggal aku sorang je dalam ramai ramai yang masuk dulu. Yang under work dah tinggal dua orang..yang duk bawah MARA aku sorang je.
Skarang aku bahagian CMS, cover kerani yang berheti kerja sementara cari yang baru. Kepada yang dah berhenti tu. Aku merindui korang dan, Dan aku merindui pahit manis, suka duka bersama dulu.

Patah patah ada berkatai. close your eyes to forget what is around you, and open back to see what's being ahead of you.

3 comments:

M.ARIZWAN said...

Macam hahaha

Nurul Aziz said...

Sendiri tulis sendiri komen. Ape daa. Apepun semoga kejayan itu milik anda. Tahniah kerana berani berubah Proud of you.

M.ARIZWAN said...

Skill

FOLLOWERS