Saturday, May 19, 2012

Hariharikerja


Selamat pagi…
Takjumpa login tadi, terpaksa rujuk page lain nak cari butang login. Padahal scrool tepi sikit je. Aku lost dengan benda ni sebenarnya. OK..sekarang ni jam menujukkan 4:35am..bukan baru terjaga dari tido..tapi sejenis yang tak tido lagi sebab aku kerja malam. Taktau la pakguard yang kerja malam atau sapa-sapa yang kerja malam sampai pagi tu best ke tak. Kalau dalam situasi aku ni mmg sejenis yang tak best la. lagipun malam dicipta untuk berehat dan siang untuk cari rezeki..


Minggu lepas empat orang team Kemaman datang ofic KL ni, ada projek. Stay dah dekat dua minggu. Sekarang ni sorang duk main game dota at pc belah kanan aku ni. Yang sorang lagi tu hari tu main dota sampai 24jam lebih mmg gileer ler..sejenis yang tak tahu mengantuk dan time.
Secara totally rutin yang aku lalui setiap hari memang boring tahap yang amat, tak banyak benda yang boleh aku buat. Bila mereka tu datang sini, orang dah jadi ramai jadi meriah, hilang la sedikit boring aku, ada time free kami gi jalan-jalan.


Kerja, untuk dua hari ni aku terpaksa kerja overtime sebab  yang kerja syif dengan aku tu off to Kuantan selama dua hari. So aku kena cover untuk syif dia..masa  free aku sebelum masuk kerja pun dah jadi pendek iaitu selama lapan jam ja.. nak buat apa apa pun tak sempat. Perkara yang aku rasa patut aku buat ialah tidoq..so aku spent time lapan jam tu dengan sebaik baiknya untuk tido je la..kalau tak naya aku, mau tak rabaknya mata ni tahan ngantok. Memang jahat la dera aku macam ni. Dah la sosial macam bongok pastu stuck pulak dalam bangunan office ni takleh nak gi mana-mana. kerja lebih duit gaji pun lebih..haishh.. tapi tak kaya raya jugak.Kalau boleh mesti la nak lebih kan..bwahahaha gelak jahat sebab tamak. Aku duk kerja hari hari ni bila masa aku off? sejenis yang tak cuti la. parents aku pun ada tanya aku taknak balik ke, bila aku nak balik Terengganu..lagi-lagi mak aku yang selalu duk tanya, then nampak sangat aku ni anak mak..hahahaha. Bukan taknak cuti, merajuk kot hahhaha...nonsense
bukan apa, sebab kalau off setakat satu hari tak kemana jugak aku ni .Kalau ada something yang important atau ada aktiviti best yang aku boleh join baru la apply cuti kot aku ni cuti tiga atau empat hari. Rindu jugak kampung dengan rumah, then nak jumpa orang orang ..ntahla apa saja lah. rasanya elok la aku hijrah tempat lain pulak lepas ni, tak berapa nak happy pun :(
Tapi ok la kan. Memang susah betul lah. Lagi susah kalau kita ni jalan lurus bendul…mana pulak remote aircond ni aku dah sejuk ni.

FOLLOWERS